Khamis, 31 Julai 2008

Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul..

Jualan murah..yang sedang berlangsung dan terdapat pelbagai aneka barangan, datang lah beramai-ramai dipasaraya ini yang terletak di Kuala Lumpur.
menjadi perhatian..,pasangan suami isteri ini berjaya menarik perhatian orang ramai menyaksikan persembahan mereka.

Sayu…masyarakat perlu prihatin terhadap masyarakat sekeliling disamping kerajaan harus memainkan peranan penting,dalam usaha untuk mensifarkan budaya meminta sedekah.

Merdu..berbakat pak cik ini dalam menyampaikan lagu, meharik perhatain orang ramai menyalurkan sumbangan.


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, membawa maksud, kesusahan yang dialami oleh masyarakat sekeliling, menyebabkan kita sedih melihatnya,dan bayang kan pula,kalau kita yang mengalaminya sendiri. Dalam kempat-empat gambar saya ini, ia menerangkan, bagaimana keadaan sepasang suami isteri yang buta penglihatanya, mencari rezeki, dengan mengadakan persembahan, didepan orang ramai. Tapi sebenarnya, pasangan ini telah dikurniakan bakat oleh allah, dengan mempunyai suara yang amat merdu sekali, serta kepakaran bermain alat muzik. Sayu melihat pasangan ini, mengamit orang ramai menyaksikan persembahan mereka, dan memberi sedikit sumbangan. Saya juga sempat bertanya pasangan itu, adakah mereka mempunyai anak, jawapan mereka, mereka tidak mempunyai anak, dan meneruskan hidup berdua sahaja, dan bagi mengisi kesunyian ini, mereka mengadakan persembahan, disamping mencari rezeki, hanya itu yang mampu dilakukan, melihat daripada keadaan pasangan ini.Lokasi pasangan ini mengadakan persembahan, adalah dihadapan, pasaraya terkenal, iaitu, Sogo. Berat mata kita kita memandang kan, bagaimana kalau kita sendiri mengalaminya, renung kan lah.Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang ada dengan kita sekarang.Kalau kita rasa kita susah, sebenarnya, ramai lagi orang yang susah diluar sana, dan kalau kita seorang yang senang, pandang-pandang lah keadaan masyarakat yang memerlukanya.