Khamis, 28 Ogos 2008

warna-warni kehidupan

Menjadi..tumpuan gerai ikan segar hasil tangkapan nelayan,di Kampung Pantai Beserah ini..
Awal..nelayan ini bergerak seawal pagi kelaut, untuk mencari rezeki yang halal, di Perkampungan Pantai Beserah ini..
Selamat sampai..para nelayan ini sampai setelah seharian kelaut menangkap ikan, di Kampung Pantai Beserah..
Puas..nelayan ini mendapat hasil tangkapan ikan pada hari ini, walaupun tidak banyak..



Warna-warni kehidupan

Warna-warni kehidupan, membawa maksud, pelbagai dalam kehidupan manusia seharian, dimana kita sebagai manusia mencorak kehidupan ini, kalau kita corakkan kehidupan kita dengan cantik, maka bermakna lah hidup kita ini, begitulah sebaliknya..Dalam keempat-empat gambar saya ini, ia menerangkan tentang warna-warni kehidupan nelayan di Perkampungan Pantai Beserah ini..Kehidupan nelayan memang penuh dengan onak dan ranjau, merempuh badai dan ombak untuk mencari rezeki, tetapi puas apabila memperolehi hasilnya..Nelayan ini, keluar awal pagi, seawal pukul 6.30 pagi selalunya, berbekalkan semangat dan ketabahan, mereka ini meneruskan perjalanan sampai ketengah laut, untuk menangkap ikan, jelas salah seorang nelayan dikampung Beserah ini..Sampai ditengah laut, mereka ini, melabuhkan jala kedalam laut, dan menunggu hasil, kalau ada rezeki pada hari itu, maka banyak lah dapat ikan, sotong dan sebagainya..Ikan yang selalu diperolehi oleh nelayan ini, adalah seperti ikan kembong, selat, kerisi, selayang, bawal, siakap, kerapu, pari dan banyak lagi..Nelayan ini juga, selalu memperolehi ketam..Setelah tengahari, nelayan-nelayan ini pun pulang ke jeti dengan hasil yang diperolehi..Sampai dijeti, para peraih ikan dan orang ramai telah menunggu, untuk membeli ikan-ikan yang segar ini..Selalunya, para peraih membeli kesemua ikan-ikan ini, untuk diagih, atau dijual kepada peniaga-peniaga yang menjual ikan di pasar..Peraih-peraih ikan ini, selalu membeli ikan dengan harga yang agak murah daripada nelayan ini, dan menjual dengan harga yang agak mahal kepada, para peniaga..Dari situ dapat dilihat dikampung Beserah ini, kebanyakkan peraih, semuanya kaya-kaya belaka, jelas salah seorang nelayan itu lagi..Nelayan itu juga menjelaskan juga, apabila musim tengkujuh, atau musim hujan, yang selalunya pada bulan Oktober, November, dan Disember, mereka semua ini tidak kelaut, oleh itu hasil duit yang mereka perolehi sebelum ini, akan disimpan untuk perbelanjaan mereka seharian, sepanjang musim tengkujuh itu..Saya sempat juga bertanya, kenapa tidak cari perkerjaan lain pada musim tengkujuh itu, mereka menjawab, dalam hidup mereka ini, satu pekerjaan sahaja yang mampu dilakukan, iaitu keluar kelaut menangkap ikan..Jika ada sekalipun yang bekerja lain, pasti tidak akan tahan lama, kerana mereka ini tidak tahan, seakan-akan kedengaran derungan ombak, yang menyeru mereka supaya pulang kelaut, jelas nelayan itu dengan panjang lebar..Begitulah warna-warni kehidupan nelayan, yang dapat digambarkan disini, hidup selamaya, dengan menjadi nelayan dan mengharungi suka duka kehidupan laut yang luas dilimpahi rezeki, yang juga kadang-kadang menjadi sahabat, dan kadang-kadang juga boleh menjadi musuh..

Sabtu, 23 Ogos 2008

gembira

Meriah..majlis kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini, di Bangi.
Selamat..selamat pasangan ini melangsungkan majlis perkawinan, dalam satu majlis yang gilang gemilang di kediaman mereka iaitu di Bangi..
Sepadan..bagai pinang di belah dua pasangan ini, dalam satu majlis perkawinan yang dilangsungkan di Bangi, baru-baru ini..




Gembira

Gembira membawa maksud, perasaan yang amat seronok, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, apabila kita memperolehi atau mendapat sesuatu yang kita hajati selama ini tercapai. Dalam ketiga-ketiga gambar saya ini, dapat dilihat bagaimana, terpancar wajah kegembiraan, pada kedua-dua pasangan ini, apabila disatu kan menjadi pasangan suami isteri yang sah dalam satu majlis perkawinan yang meriah ini..Saya sebagai salah seorang tetamu pasangan ini, sempat juga menyelami, perasaan kedua-dua mempelai ini dengan beberapa soalan yang ringkas, tapi penuh dengan keistimewaan yang tersendiri untuk dijadikan rujukan pada pasangan lain, jika hendak mendirikan rumah tangga suatu hari nanti..Nama pasangan ini ialah, Mohd faizul dan Rashida, mereka berkahwin dalam keadaan yang amat menarik untuk dikongsi sebenarnya..Pasangan ini dahulunya ialah pelajar, di Universiti Putra Malaysia, dalam jurusan yang sama, iaitu Bachelor Sains Komputer..Mereka, asalnya ialah rakan baik, kerana masing-masing dah mempunyai kekasih hati..Tetapi kedua-dua pasangan ini, selalu meluah perasaan sesama sendiri, jika terdapat sebarang masalah diantara mereka ini, dan setiap kali meluahkan perasaan, banyak persamaan diantara kedua-dua pasangan ini, ulas pasangan ini lah..Mereka ini juga selalu menghabis kan masa bersama,seperti belajar bersama, dan setiap kali ada tugasan berkumpulan, yang pastinya, mereka, adalah kumpulan yang sama, jelas pasangan itu lagi, sambil tersipu-sipu malu..Itu peringkat awal lah, saya pun tanpa membuang masa,terus bertanya soalan, yang agak, “killer” kepada pasangan itu, iaitu, bagaimana pula hubungan ini boleh sampai, ke jinjang pelamin, sedangkan masing-masing dah mempunyai kekasih hati ? Mereka menjawab, selapas habis sahaja bergraduan, dan masing-masing telah berkerja, Rashida, pasangan faizul itu, telah putus dengan kekasihnya walaupun 3 tahun menjalin kan hubungan cinta, atas sebab, itu tidak diceritakan, biarlah menjadi hal peribadi mereka..Dan pada masa yang sama, faizul juga telah putus dengan kekasihnya , nampak memang kelakar, tetapi sebenarnya semua ini tidak pernah dirancang, kata Faizul sambil ketawa..Selepas itu, dalam masa 3 bulan, Mohd Faizul, telah menghantar rombongan meminang, untuk meminang Rashida ini, padahal, mereka ini tidak pernah bercinta.Dalam keadaan yang sedikit malu, rashida menjelaskan, dia menerima pinangan itu, tanpa berfikir panjang lagi,. Inilah dikatakan jodoh, jelas pasangan ini, walaupun tidak bercinta, tak semesti tak boleh berkawin..Dan akhir sekali saya bertanya, apakah perasaan pasangan ini, apabila diijab kabulkan, menjadi pasangan suami isteri, pasangan itu menjawab, mereka sungguh gembira, dan hari ini adalah hari paling bersejarah, dalam hidup mereka ..Saya tanpa membuang masa, terus mengucapkan terima kasih kapada mereka, kerana sanggup meluangkan sedikit masa, untuk ditemubual, dan saya juga mengambil kesempatan, mengucapkan tahniah kepada pasangan ini, serta mendoakan pasangan ini bahagia hingga ke anak cucu..

Jumaat, 22 Ogos 2008

Khamis, 21 Ogos 2008

cemas

Mengambil keterangan..beberapa orang pihak berkuasa mengambil keterangan terhadap maknyah-maknyah ini, yang berleluasa di Lorong Haji Taib ini..
Pihak berkuasa..menahan sekumpulan maknyah, yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di Lorong Haji Taib ini.
Berkas..makyah ini telah berjaya diberkas oleh pihak berkuasa, walaupun cuba untuk melarikan diri.




Cemas

Cemas bermadsud,dimana emosi kita berada dalam keadaan ketakutan, apabila terjadi sesuatu perkara yang diluar batasan kita ini.Dalam ketiga-tiga gambar saya ini, ia menerangkan tentang satu kejadian dimana pihak berkuasa telah berjaya menahan sekumpulan mak nyah, yang telah disyaki menjalankan kegiatan pelacuran ,di Lorong Haji Taib ini.Untuk dijadikan cerita, pada malam minggu ,bertarikh 9 ogos lalu, saya bersama dua tiga orang rakan sekampung saya, berjalan-jalan disekitar Lorong Haji Taib, niat asal hanya untuk tengok, aktiviti-aktiviti mak nyah dekat sini..Sebelum ini, ramai rakan-rakan saya, memberitahu, banyak mak nyah kat Lorong Haji Taib ini..Alang-alang dah melalui jalan itu, saya dan rakan-rakan saya pun, menyulusuri lorong itu,bukan apa, sekadar juga untuk mencuci mata, dan melihat sendiri kelakuan mak nyah ini..Mula-mula gemuruh juga perasaan ini, maklum la, pertama kali melalui lorong ini..Sedang asyik berjalan, dihadapan kami itu, terdapat begitu ramai orang, yang terdiri daripada,pihak berkuasa seperti, polis, rela, dan lain-lain..Apakah yang berlaku itu? Persoalan itu bermain difikiran saya..Rakan-rakan saya mengajak saya pulang, mungkin disebabkan takut, tapi, saya bertegas disini, hendak juga tengok apa yang berlaku. Saya juga menegas kan, buat apa hendak takut, kita bukan bersalah..Saya dan rakan saya pun teruskan perjalanan kedepan sedikit, tetapi bukan dekat sangat dengan polis-polis yang ramai itu..Oh. rupa-rupanya polis-polis itu sedang menahan sekumpulan maknyah-maknyah itu, kelakar juga sebenarnya, apabila ada ramai juga, maknyah-maknyah itu sempat berkeliaran lari, tetapi ramai juga yang tertangkap..Tanpa membuang masa, saya pun mengambil kamera, yang sememangnya sentiasa berada disamping saya ini, dan terus menangkap gambar, apa yang berlaku disini, walaupun agak terhad, kerana takut nanti dimarahi oleh polis itu..Agak cemas keadaan disini, dimana, pihak-pihak berkuasa ini,menjalan kan pelbagai pemeriksaan terhadap, maknyah-maknyah tersebut, disamping menahan mereka. Agak cemas emosi yang dapat dilihat dari raut wajah, mak nyah-maknyah itu..Jam telah menunjuk kan pukul 2 pagi, saya dengan rakan-rakan saya,pun mengambil keputusan, untuk pergi ke kereta dan menerus kan perjalanan, yang kami sendiri pun tidak tahu hendak kemana..Pada malam itu sebenarnya, saya dan rakan-rakan saya, “ overnight” dekat sekitar kuala Lumpur ini, bandaraya, yang penuh dengan pelbagai karenah dan gelagat manusia dapat disaksikan..Mata ini jenuh menyaksikan karenah dan gelagat munusia,yang tidak pasti bila penghujungnya.Dari situ, pelbagai emosi dapat disaksikan, antaranya, ialah cemas.

potret












Khamis, 14 Ogos 2008

people at work

Menjadi..perhatian bagi penduduk Kampung Pokok Sena, dengan kelazatan daging bakar ini.
Mencari rezeki..mak cik ini, merupakan peniaga goreng pisang yang dikenali ramai, disekitar Serdang ini.


Isnin, 11 Ogos 2008

Jumaat, 8 Ogos 2008

hujan emas di negeri orang

Bilik..dimana dipercayai telah dihuni oleh seorang warganegara Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Lelaki ini..terkenangkan isteri dan anaknya yang di Indonesia

Penulis..sedang menemubual seorang warganegara Indonesia yang berkerja di Malaysia.




Hujan emas dinegeri orang



Hujan emas dinegeri orang membawa madsud, rezeki yang melimpah diperolehi apabila kita bekerja dineneri orang, dimana kita tidak dapat memperolehinya di negeri sendiri.Dalam ketiga-tiga gambar saya ini, ia menerangkan tentang seorang warganegara Indonesia, yang berkerja di Malaysia..Saya telah mencari, dan akhirnya saya terjumpa seorang warganegara luar, iaitu warganegara Indonesia, yang bekerja diMalaysia ini.Saya telah bertemu beliau, dan membuat temujanji untuk menemubual beliau, dan setelah dipujuk, akhirnya beliau bersetuju untuk ditemubual, tetapi dengan syarat, iaitu datang pada waktu tengah malam, dimana pada waktu itu, beliau sudah habis kerjanya..
Setelah diberitahu berapa nombor bilik beliau, pada tengah malam itu, saya pun datang, dengan berbekal kan, sebuah buku dan sebatang pen.Setelah mengetuk pintu beberapa kali, pintu pun dibuka, saya pun dijemput masuk. Tanpa membuang masa, saya terus menumual beliau.Soalan pertama saya, iaitu bertanya nama beliau, dan dimana beliau berasal..Nama beliau ialah, Sholihin dan berasal dari, susah hendak disebut nama tempat itu, iaitu Yogyarkarta.Beliau mempunyai seorang isteri dan dua orang cahaya mata, iaitu, Mohd Naufan Solihin dan Rusila Solihin, masing.masing berumur, 10 dan 8 tahun.Setelah itu, saya bertanya, apakah pekerjaannya dan sudah berapa lama, datang ke Malaysia..Beliau bekerja sebagai, salah seorang pembantu, di kafe serumpun, Universiti Putra Malaysia..Beliau sudah 5 tahun berada disini, hanya sempat pulang berjumpa isteri dan anak-anakya sebanyak 6 kali sahaja dalam tempoh itu..Selepas itu, saya bertanya, berapa gajinya, dan berapa kalau hendak dibandingkan dengan gajinya di Indonesia dahulu..Sebelum datang sini, beliau bekerja sebagai buruh kasar dengan hanya berpendapatan, 10 ribu rupiah sehari, iaitu 10 ringgit duit Malaysia..Setelah berapa lama bekerja, beliau merasakan tidak cukup menampung hidup mereka sekeluarga, dan beliau nekad, untuk datang ke Malaysia. Setelah dibantu oleh rakan-rakan yang sudah lama berada di Malaysia ini.Gaji beliau disini sekarang,ialah 40 ringgit sehari,banyak bagi beliau, beliau juga menjelaskan, dengan wang itu, beliau sempat lagi menghantar kepada isteri dan anaknya dikampung..Beliau juga menjelaskan lagi, bahawa hidupnya dan setelah bekerja diMalaysia ini, beliau merasa sedikit senang, berbanding hidupnya dulu..
Sebelum menutup temual saya ini, saya bertanya apakah harapan beliau dimasa akan datang..Beliau menjawab, harapanya ialah ingin bekerja bersungguh-sungguh dan mengumpul wang sebanyak mungkin, dan ingin pulang ke negaraya, untuk bersama isteri dan anaknya, disamping ingin membuka perniagaan sendiri..Jam pun menunjukkan sudah lewat, dan akhirnya, saya pun meminta izin untuk pulang, dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau, kerana sudi ditemubual..Begitulah yang dapat disimpul kan dengan madsud hujan emas dinegeri orang.

Jumaat, 1 Ogos 2008